Thursday, April 17, 2008

"La Tahzan"

Ari ni sy nak berkongsi satu perkara, sy nak syorkan kwn2 especially perempuan baca satu buku b'tajuk "Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia" karangan Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni dan diterjemah oleh Muhammad Huzaifah. Klu dalam bahasa Arab rasaye tajuk buku 2 "La Tahzan". Buku nie bagus, bnyak manfaat kte leh dpt. kadang2 tanpa kte sedari sbnrya kte telah m'jd org y paling bahagia, tp kte sering x berpuas hati dan sentiasa meminta2 kepada Allah dan sering berkeluh kesah...pendekatan buku nie pun senang dan ringkas, mudah untuk dibaca dan difahami...So, kwn2 leh la cari buku nie kat pasaran. Salam Motivasi dan SELAMAT MEMBACA dr sy...

Thursday, April 10, 2008

Menjejaki...

Sebagai manusia yang lemah,
Aku tercari-cari,
Sesuatu untuk mengisi kekosongan hati,
Aku tercari-cari,
Sesuatu untuk ku jadikan santapan hati,
Kini aku sedar aku menjejak kasih-Mu Ya Allah,
Aku menjejak ilmu-Mu Ya Allah,
Buat mengisi ruang-ruang kosong dalam hatiku...

copyright@ by shida

Bicara Ilmu

Disini suka saya untuk berkongsi satu doa yang sering kte baca tp mungkin jarang-jarang menghayati maknanya, doa ini adalah hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim:
اللهم إني أعوذبك من الهم والحزن وأعوذبك من العجز والكسل وأعوذبك من الجبن والبخل وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesulitan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut. Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit hutang dan tertindas orang lain."


Hadith ini besar pengertiannya, sebagai manusia kte adalah insan yang lemah. kte pasti dan akan bergantung kepada Allah Yang Maha Esa, tuhan yang mencipta kte dan alam semesta. Justeru, itu hanya pada Dia kte bergantung, tempat kte mengadu dan tempat kte meluahkan keluh kesah...Jika anda sering mengulang-ulang hadith ini dan merenungkan maknanya, nescaya Allah akan melapangkan dadamu dari resah, gelisah dan derita. Tentu sahaja dengan izin Allah.


Andainya kte b'gantung kepada manusia, kte akan rasa kecewa dan terluka sekiranya apa yang diharap tidak tercapai...tetapi jika kte bergantung kepada-Nya kte akan reda jika tidak mencapai apa yang dihajati...kerana kte tahu dan percaya sesunggunghnya Dia Maha Mengetahui, menyebut tentang ini saya ingin berkongsi sepotong ayat Quran yang saya rasa benar-benar memberi saya kesedaran dan mengajar saya meredhai apa yang Allah takdirkan...


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak ketahui." Tafsiran ayat 216, Surah Al-Baqaroh


Oleh itu, jangan kecewa atau putus asa sekiranya apa yang diharap dan diusahakan tidak terjadi kerana Dia lebih Mengetahui...sebagai contoh yang paling mudah, andai kte menyukai seseorang akan tetapi kte tiada jodoh dengannya, ini bermakna mungkin dia bukan orang yang terbaik buat kte dan Allah pasti akan datangkan orang yang lebih sesuai dan terbaik buat kte...maka belajarlah meredhai sesuatu yang ditakdirkan setelah kte berusaha mendapatkannya.

Monday, March 31, 2008

Salam Motivasi & Muqadimah

Assalammualaikum....


Salam motivasi dan muqadimah kepada semua pembaca di blog nie....marilah kte sama2 m'jejak ilmu yang ada di muka bumi nie....sy b'harap blog yg x seberapa nie dpt dijadikan sbg salah satu landasan dlm b'kongsi ilmu dan sbg medan mencurah maklumat....moga2 ianya m'dpt keberkatan dari Allah s.w.t...segala komen dan idea2 serta ilmu yang ada dr anda semua amat dialu-alukan...